Wednesday, September 10, 2008

Saat Ku Buntu.

Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Pada petang ni saya nak membawa kita semua berfikir hal ehwal buntu dan terasa diri ini buntu. memang buntu lah. Perkara seperti ini kerap berlaku kepada kita yang selalu menjalankan pemprosesan minda atau otak yang terlalu laju atau pun terlalu lama. Secara tidak semena-mena akan ada sesaat atau tika waktu dimana fikiran kita buntu dan terhenti sementara. Bukan terhenti selama-lamanya tau kerna otak yang berhenti berfikir adalah otak orang mati.

Fenomena ini baru sahaja berlaku tadi tetapi ia berlaku bukan kerana pemprosesan minda yang terlalu laju atau terlalu lama tetapi berlaku ketika mana saya rasa tiada kepentingan untuk berbuat apa-apa lagi atau BUNTU. Seketika pula akan terasa diri ini LARA atau dalam loghat Kelantan LAGHO. Satu-satu perkataan yang kerapkali saya sendiri ucapkan kepada diri sendiri tatkala mula terfikir hal-hal keduniaan yang melalut-lalut.

Jadi saya cuba cari UBAT SEGERA dalam mengubati penyakit LAGHO ni. Lantas pantas jari-jemariku menaip sms meminta 1 kiriman sms berbentuk tazkirah daripada sahabat-sahabat yang ada di dalam Address Book handsetku. Terasa sungguh ukhuwwah yang dibina tatkala berderu-deru sms masuk dalam inboxku. Sebagai penghargaan saya kepada sahabat-sahabat sekelian, saya abadikan sms-sms antum semua dalam blog ini. Semoga setiap kali saya membuka dan membacanya, hati ini akan secara otomatik sembuh dari penyakit LAGHO. Cegah sebelum parah kann ?

Dibawah ini saya abadikan sms-sms sahabat-sahabat sekelian. Ukhuwwah Fillah Sahabatku.

(1) Sahabat yang tulus ibarat perhiasan dikala senang, benteng kukuh dikala susah, jika melihatnya hati merasa senang, jiwa menjadi tenang, dan duka pun sirna.

(2) Berikan hatimu kepada Allah, pasti Allah temukanmu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluas-luasnya hanya untuk Allah, pastinya Allah aturkan kehidupanmu dengan baik

(3) The Prophet SAW said, “There are two pleasure for the fasting person, one at the time of breaking his fast, and other at the time when he will meet Allah, then he will be pleased because of his fasting.” (Sahih Bukhari)

(4) Jadikanlah yang kental itu Iman, yang nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu Solat dan yang manis itu pengorbanan. Salam Ramadhan

(5) Ya Allah, tiba-tiba bercambah & subur rasa rindu pada perjuangan Baginda Nabi Muhammad hingga membuak-buak dalam jiwa. Tadabbur An-Najm, pembelaan Allah terhadap kekasih Dia yang di cemuh. Duhai Rasul seluruh ummat, bilakah hamba kan bersua rindu denganMu ? Hanya selawat seikhlas ku kirimkan, moga di sana rinduku tetap sama. Tetap sama untuk menatap wajahmu, tetap satu yakni menjadi dikalangan ummah yang dikau tunggu. Perbanyakkan selawat pada Baginda ye sahabat. Sambutlah kasih & rindu berterusan Baginda pada Ummat. Wassalam

(6) Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tak makbulkan doamu, maka Dia rancang sesuatu yang lebih baik buatmu. Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, kerana kasih saying Allah itu mendahului kemurkaanNya.

(7) Jadikanlah yang kental itu Iman, yang nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu Solat dan yang manis itu pengorbanan. Salam Ramadhan.

Monday, September 8, 2008

Forum Masa Depan Politik Malaysia

Sunday, September 7, 2008

ALERT : Banjir Besar Bakal Melanda

Penduduk di seluruh negara terutama negeri di utara Semenanjung diminta berjaga-jaga kemungkinan berlaku banjir besar ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Jabatan-jabatan kerajaan berkaitan kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dari segi anggota dan logistik bagi menghadapi banjir yang dijangka melanda negeri-negeri terbabit dalam tempoh terdekat setelah beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang mula dilanda banjir semalam dan hari ini.

Sehingga kini 1,573 penduduk di tiga daerah di Kedah iaitu Yan, Kuala Muda dan Pendang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak dua hari lalu.


Malah, seorang warga emas, Aishah Lebai Salleh, 75, dari Kampung Dulang Kechil Tengah, Yan menjadi korban pertama banjir di negeri itu selepas terjatuh ke dalam Sungai Dulang Kecil, pagi ini.

Di Pulau Pinang pula, banjir yang melanda beberapa kawasan rendah berikutan hujan lebat selama 10 jam menyebabkan kira-kira 177 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semalam.

Bagaimanapun, mereka sudah dibenarkan pulang pagi ini setelah air mulai surut.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Jalan P. Ramlee, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang di bahagian pulau dan di tanah besar pula ialah Kampung Tok Suboh, Kampung Suluk, Sungai Batu dan Kampung Paya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ekoran amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang sedang berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak dijangka berterusan.

Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Hamzah Abu Bakar berkata, pihaknya telah bersiap sedia dengan anggota dan keperluan logistik termasuk unit udara.

Katanya, selain Perak, Pulau Pinang dan Kedah, tiga lagi negeri yang berisiko tinggi dilanda banjir ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Bagi menghadapi sebarang kemungkinan, bomba mempunyai 60 unit udara yang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia selain 300 anggota lagi sebagai kumpulan sokongan jika keadaan memerlukan.

“Ini tidak termasuk 60 bot penyelamat bagi operasi banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kemudahan logistik tersebut, jelasnya, membolehkan pasukan bomba melakukan kerja-kerja menyelamat sama ada melalui darat, air atau udara mengikut keperluan kawasan yang dilanda banjir.

Beliau berkata, bagi memastikan Jabatan Bomba dan Penyelamat merupakan pasukan penyelamat yang awal tiba, pihaknya akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dengan Jabatan Meteorologi selain maklumat yang disalurkan oleh orang ramai ke bilik gerakan banjir.

Hamzah memberitahu, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat yang beroperasi 24 jam di talian 03-88880964 bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung banjir di seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah JPA3, Selamat Dahlan memberitahu, jabatan tersebut bersiap sedia dari segi tenaga dan keperluan logistik termasuk anggota sukarelawan bagi menghadapi kemungkinan banjir tidak lama lagi.

Katanya, selain itu semua bilik gerakan di negeri-negeri juga diarahkan supaya diaktifkan bagi membantu melancarkan kerja-kerja menyelamat mangsa di kawasan yang dinaiki air.

“Pada masa ini, kita memberi tumpuan terhadap Kedah yang dilanda banjir dengan menghantar seramai 50 anggota JPA3 yang berpangkalan di Yan.

“Kita jangka hujan akan beralih ke Pulau Pinang selepas ini, kemudian selatan tanah air dan pantai timur. Oleh itu tiada negeri yang terkecuali,” jelasnya.

Sementara itu di Kedah, kawasan lain yang turut dinaiki air ialah berdekatan kaki Gunung Jerai termasuk di Kampung Kaki Bukit, Kampung Teroi, Kampung Titi Laha, Kampung Kepala Bukit, Kampung Sungai Pasir dan Kampung Kepala Bukit Gurun. Penduduk kawasan itu mula dipindahkan mulai tengah malam tadi.

Jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan dijangka terus meningkat berdasarkan hujan yang berterusan dan hanya diramal kembali seperti biasa beberapa hari lagi.

Menurut Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Zulkifli Ramli, sebanyak lima pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Yan yang sehingga kini menempatkan seramai 1,115 mangsa daripada 255 buah keluarga.

Pusat-pusat berkenaan ialah Dewan Serbaguna Guar Chempedak seramai 138 mangsa, Surau Kepala Bukit (283 mangsa), Masjid Titi Teras (330 mangsa), Surau Teroi Bukit (206 mangsa) dan Masjid Pekan Teroi (158 mangsa).

Di Daerah Kuala Muda pula, sebanyak tiga pusat dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Bidong (331 mangsa), Surau Permatang Gedung (52 mangsa) dan Dewan Kampung Baru Bidong sejumlah 67 mangsa.

“Sebanyak dua keluarga melibatkan lapan mangsa di Pendang turut dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Paya Mengkuang,'' katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, seramai 41 pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai Selasa depan di Sekolah Kebangsaan Teroi akan ditempatkan di sekolah itu dengan pengawasan guru.

Di Perlis, bilik gerakan banjir dibuka 24 jam bagi memantau sebarang kemungkinan.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, walaupun hujan turun setiap hari, kadar taburan hujan di Perlis ketika ini kurang 30 milimeter (mm) padu dan tidak membimbangkan.

“Apa sekali pun, semua agensi berkaitan sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini," kata jurucakapnya.

Pada Disember 2005, 85 peratus daripada Perlis ditenggelami air yang dianggap kejadian banjir terburuk di negeri itu dalam tempoh 30 tahun.

Peristiwa besar Dalam Sejarah Ramadhan Al-Mubarak

"Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:


BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.


PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.


TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.



Thursday, September 4, 2008

“Elok Mansuhkan Saja AUKU” - Prof Dr Abdul Aziz Bari


“Itu semua menyebabkan saya berpendapat bahawa AUKU tidak perlu dan sebaik-baiknya dimansuhkan sahaja. Pindaan yang dibentangkan di Parlimen sekarang sebenarnya hanya bersifat kosmetik dan tidak menangani hal-hal yang kritikal yang selama ini menjadi isu penting…” - Sinar Harian, 1 September 2008




















GMMA Mendahului Segenap Wacana dan Sarjana Tentang
Pemansuhan AUKU

Tekan untuk besarkan kenyataan Prof Aziz Bari di bawah


































Puisi Perjuangan

Apakah kau tahu maksud perjuangan?

Kau kata kau ingin berjuang ,
Untuk apa perjuangan ini?
Untuk siapa perjuangan ini?

Kau ingin berjuang,
Tapi tak sanggup hadapi ujian ,
Kau ingin berjuang,
Tapi tetap mahu bersenang,
Kau ingin berjuang ,
Tapi tak sanggup hadapi cabaran.
Kau ingin berjuang ,
Tapi masih mahu berbalah,
Kau ingin berjuang,
Tapi cinta pada pepecahan tanpa membina ukhwah.

Kau ingin berjihat,
Tapi masih terjerat,
Kau ingin mati syahid,
Tapi tak ikhlas dalam melaksana.

Perjuangan ! Perjuangan !

Sering kau laungan,
Tanpa seiring dengan niat,
Tanpa diiringi keihlasan.

Islam itu hebat!
Sering kau lontarkan,
Tapi kenapa dirimu kian merosot.

Adakah kau tahu apa itu perjuangan?
Jangan hanya tahu menutur tanpa memperhalusi,
Menutur tanpa mengotakan.

Perjuangan itu adalah kepedihan,
Kesengsaraan rintitan kebenaran,
Kerana kebenaran itu pahit walaupun ia benar.

Perjuangan itu pergorbanan,
Menolak kesenangan,
Mengamit penderitaan,
Perjuangan itu derita,
Menegakkan yang hak ,
menolak kebatilan.

Untuk apa perjuangan ,
kalau diri sendiri tak terbela.

Untuk apa perjuangan sedangkan dalam hati takut kesempitan,
Untuk apa perjuangan kalau masih kaku dalam mentaati ajaranNya,
Untuk apa perjuangan sedangkan ada maksud disebaliknya,
Untuk apa perjuangan andai diri dan jiwa masih dikotori dosa.
Untuk apa perjungan seandainya dunia yang kau hajati.

Ingatlah org yang jahat itu menggunakan dunia untuk dunia ,
Tapi orang yang paling jahat ,
Ialah orang yang menggunakan akhirat untuk dunia.

Filem Animasi 3D Kungfu Panda dan Panduan asas Nuqoba'

Assalamualaikum.

Salam ukhuwwah dari saya untuk sahabat-sahabat seperjuangan sekelian. Disini saya mengambil sedikit masa mencoret apa yang saya terfikir terbayang sewaktu drive pulang dari membeli juadah berbuka. Ulang suara membeli bukan memborong.


Saya pernah terbaca ulasan seorang sahabat pipmpinan mahasiswa mengenai olahan pemikirannya mengenai Filem Animasi 3D Kungfu Panda dan perkaitannya dengan gerakerja kepimpinan atau lebih senang disebut gerakerja seorang nuqoba' dalam mendekati mad'unya. Secara ikhlas saya sendiri terpana dek ulasan yang kita semua tidak pernah terjangkau kerana secara praktikal mengajar dan mengambil contoh mengenai apa yang dipaparkan didalam filem tersebut.

Oleh itu, dengan rasminya saya cuba menonton filem animasi tersebut minggu lepas. Sememangnya ia adalah filem animasi yang boleh membuat penonton berhibur dengan telatah Pao (Panda) dalam jelajahnya ingin memenuhi impian hidupnya yakni menjadi seorang ahli Kungfu. Untuk ulasan sepenuhnya, sahabat-sahabat sekelian bolehlah klik disini.

Saya cuma mahu menambah sedikit penrkongsian ilmu hasil telahan dan penelitian dalam filem tersebut. Dia awal orientasi atau pertemuan awal antara dua tokoh utama dalam filem animeasi tersebut yakni Tai Lung (Harimau Kumbang) dan Pao (Panda), kita dapat melihat bagaimana Tai Lung mempersendakan Pao mengatakan adakah dia sebenarnya yang dipilih menjadi Pendekar Naga (Dragon Warrior). Sendaan tersebut seolah mengatakan tiada kekuatan bagi seekor Panda dalam mengetuai dunia kungfu.

Tujuan saya membuat "highlight" ini adalah bagi membawa sahabat-sahabat mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku didalam dunia pejuangan mahasiswa atau dunia gerakerja mencari pelapis kepimpinan baru.

BUDAYA MEMANDANG RENDAH

Budaya ini yang ditonjolkan oleh Tai Lung dalam filem animasi Kungfu Panda adalah budaya yang kerap kali berlaku dalam proses seorang pemimpin atau nuqoba' seawal membuat pemilihan mad'u sehinggalah proses mentarbiyyahnya untuk menjadi bakal pemimpin. Kita seringkali memandang rendah keupayaan mad'u kita yakni pemilihan hanya berdasarkan asal persekolahan dan latarbelakang keluarga yang lebih "Islamic".
Tidak dinafikan mad’u seperti itu adalah bonus untuk ditarbiyyah secara lebih pantas memandangkan mereka sudah ada asas yang kukuh dalam Islam. Tetapi adalah tidak adil jika kita hanya bertumpu pada mad’u yang mempunyai asas agama yang kukuh sahaja dan mengabaikan mad’u-mad’u lain yang mempunyai latar belakang yang biasa sahaja kerana tidak mustahil mad’u yang tidak mempunyai asas agama di alam persekolahannya tidak mampu menjadi pemimpin sebuah gerakan Islam. Yang paling penting adalah bagaimana gerakerja seorang nuqoba’ yang mendidik tanpa memilih dan merendahkan keupayaan mad’u tertentu.

BUAT KERJA KITA, JANGAN BUAT KERJA ALLAH

Kita sebagai nuqoba’ atau pemimpin perlu nuat apa yang sepatutnya diamanahkan kepada kita yakni berdakwah dan mentarbiyyah mad’u-mad’u manakala proses memberi kesedaran atau hidayah adalah kerja Allah. Yang menjadi masalah ialah apabila seorang pemimpin mendidik mad’unya tetapi mad’uyna itu tidak menjadi seperti yang diharapkan atau seperti yang telah dicanaikan dengan system tarbiyyah. Maka perlulah disini seorang pemimpin tersebut memuhasabah diri dan jangan sekali-kali berputus asa kerana Allah menilai atas apa yang kita kerjakan, bukan atas apa kejayaan yang kita bina.

Sebagai pengakhiran, kita sebagai nuqoba’ atau pemimpin perlu menilai dan teruskan usaha mencari mad’u yang ada dan jangan sesekali mengabaikan mad’u yang ada depan mata kita walaupun mereka tidak mempunyai kemahiran asas agama.




Salam Pembuka Sawang ("_")

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan rasminya saya membuka kembali blog penuh sawang dan labah-labah 7 keturunan ini. Semoga pembukaan semula ini dapat kita sama-sama gunakan sebagai medium penyampai dan penyuaraan suara mahasiswa.

Semoga juga saya diberi kekutan oleh Allah untuk terus berjuang di dunia fana ini juga tanpa melupakan perjuangan di alam maya ini.

Insyaallah.