Thursday, September 4, 2008

Filem Animasi 3D Kungfu Panda dan Panduan asas Nuqoba'

Assalamualaikum.

Salam ukhuwwah dari saya untuk sahabat-sahabat seperjuangan sekelian. Disini saya mengambil sedikit masa mencoret apa yang saya terfikir terbayang sewaktu drive pulang dari membeli juadah berbuka. Ulang suara membeli bukan memborong.


Saya pernah terbaca ulasan seorang sahabat pipmpinan mahasiswa mengenai olahan pemikirannya mengenai Filem Animasi 3D Kungfu Panda dan perkaitannya dengan gerakerja kepimpinan atau lebih senang disebut gerakerja seorang nuqoba' dalam mendekati mad'unya. Secara ikhlas saya sendiri terpana dek ulasan yang kita semua tidak pernah terjangkau kerana secara praktikal mengajar dan mengambil contoh mengenai apa yang dipaparkan didalam filem tersebut.

Oleh itu, dengan rasminya saya cuba menonton filem animasi tersebut minggu lepas. Sememangnya ia adalah filem animasi yang boleh membuat penonton berhibur dengan telatah Pao (Panda) dalam jelajahnya ingin memenuhi impian hidupnya yakni menjadi seorang ahli Kungfu. Untuk ulasan sepenuhnya, sahabat-sahabat sekelian bolehlah klik disini.

Saya cuma mahu menambah sedikit penrkongsian ilmu hasil telahan dan penelitian dalam filem tersebut. Dia awal orientasi atau pertemuan awal antara dua tokoh utama dalam filem animeasi tersebut yakni Tai Lung (Harimau Kumbang) dan Pao (Panda), kita dapat melihat bagaimana Tai Lung mempersendakan Pao mengatakan adakah dia sebenarnya yang dipilih menjadi Pendekar Naga (Dragon Warrior). Sendaan tersebut seolah mengatakan tiada kekuatan bagi seekor Panda dalam mengetuai dunia kungfu.

Tujuan saya membuat "highlight" ini adalah bagi membawa sahabat-sahabat mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku didalam dunia pejuangan mahasiswa atau dunia gerakerja mencari pelapis kepimpinan baru.

BUDAYA MEMANDANG RENDAH

Budaya ini yang ditonjolkan oleh Tai Lung dalam filem animasi Kungfu Panda adalah budaya yang kerap kali berlaku dalam proses seorang pemimpin atau nuqoba' seawal membuat pemilihan mad'u sehinggalah proses mentarbiyyahnya untuk menjadi bakal pemimpin. Kita seringkali memandang rendah keupayaan mad'u kita yakni pemilihan hanya berdasarkan asal persekolahan dan latarbelakang keluarga yang lebih "Islamic".
Tidak dinafikan mad’u seperti itu adalah bonus untuk ditarbiyyah secara lebih pantas memandangkan mereka sudah ada asas yang kukuh dalam Islam. Tetapi adalah tidak adil jika kita hanya bertumpu pada mad’u yang mempunyai asas agama yang kukuh sahaja dan mengabaikan mad’u-mad’u lain yang mempunyai latar belakang yang biasa sahaja kerana tidak mustahil mad’u yang tidak mempunyai asas agama di alam persekolahannya tidak mampu menjadi pemimpin sebuah gerakan Islam. Yang paling penting adalah bagaimana gerakerja seorang nuqoba’ yang mendidik tanpa memilih dan merendahkan keupayaan mad’u tertentu.

BUAT KERJA KITA, JANGAN BUAT KERJA ALLAH

Kita sebagai nuqoba’ atau pemimpin perlu nuat apa yang sepatutnya diamanahkan kepada kita yakni berdakwah dan mentarbiyyah mad’u-mad’u manakala proses memberi kesedaran atau hidayah adalah kerja Allah. Yang menjadi masalah ialah apabila seorang pemimpin mendidik mad’unya tetapi mad’uyna itu tidak menjadi seperti yang diharapkan atau seperti yang telah dicanaikan dengan system tarbiyyah. Maka perlulah disini seorang pemimpin tersebut memuhasabah diri dan jangan sekali-kali berputus asa kerana Allah menilai atas apa yang kita kerjakan, bukan atas apa kejayaan yang kita bina.

Sebagai pengakhiran, kita sebagai nuqoba’ atau pemimpin perlu menilai dan teruskan usaha mencari mad’u yang ada dan jangan sesekali mengabaikan mad’u yang ada depan mata kita walaupun mereka tidak mempunyai kemahiran asas agama.




No comments: